Lodeh
   
Ingredience : F&N Product :

2 bawang merah besar, dihiris nipis
20 bawang merah kecil, dihiris nipis
8 ulas bawang putih, dihiris nipis
3 inci halia, dimayang

4 inci lengkuas, diketuk
5 serai, diketuk

1 sb pes cili
2 sk serbuk kunyit
2 sb udang kering, direndam air panas & ditumbuk

½ cawan minyak masak
6 cawan air
1 ½ cawan udang segar, dibersihkan
1 keping sotong kembang, dipotong segiempat
1 keledek, dikupas kulitnya & potong saiz tak menentu
1 sengkuang, dimayang
2 lobak merah, dikupas kulit & dipotong segiempat
3 tauhu, digoreng & dipotong segiempat
1 papan tempe, digoreng & dipotong segiempat
1 tin Susu Sejat Penuh Krim IDEAL®
3 sk garam

15 kacang panjang, dipotong sepanjang 1 inci
2 terung panjang, dipotong setengah memanjang  dan serong, kemudian dipotong serong sepanjang 1 inci
½  bungkus su-un. Dipotong 1 inci anjang
5 keping tauhu kering, direndam & dipotong 1 inci panjang

Caranya:~

  1. Panaskan minyak didalam periuk yang besar.
  2. Tumiskan bawang besar, bawang merah, halia & bawang putih sehingga layu & harum.
  3. Masukkan pes cili, serbuk kunyit and udang kering. Masak lagi segingga minyaknya timbul.
  4. Masukkan lengkuas & serai ke dalam periuk.
  5. Tuangkan air kedalamnya.
  6. Apabila air mula mendidih, masukkan keledek, sengkuang & lobak merah. Masak selama 15 minit.
  7. Masukkan udang, sotong kembang, tempe & tauhu.
  8. Tuangkan Susu Sejat Penuh Krim IDEAL® kedalam Lodeh dan kecilkan api.
  9. Masukkan su-un, tauhu kering, dan garam.
  10. Kemudian masukkan kacang panjang & terung dan padamkan api.
  11. Apabila memakannya, tuang ke atas nasi himpit & sambal kacang atau serunding sebagai sampingan.
   
   
   
   
   
© 2010 F&N Dairies Sdn Bhd. All Right Reserved.l Privacy Policyl Our Linkl