1. Promosi ini hanya sah di Malaysia, dari 1/09/07 hingga 30/11/07.
2. Promosi ini dibuka kepada semua warga Malaysia kecuali kakitangan F&N Dairies (M) Sdn Bhd dan ahli keluarga terdekat mereka, rakan niaga, syarikat bersekutu,
agensi promosi, perhubungan awam dan pengiklanan serta pihak lain yang turut
terlibat dalam promosi ini.
3. Setiap pek promosi Susu Sejat F&N telah disertakan dengan sekeping kad gores.
4. Hanya Kad Gores Sempurnakan Ramadan, Serikan Lebaran F&N yang asli dan
mempunyai kod keselamatan sah sahaja akan diterima. Tuntutan tidak akan dilayan
jika Kad Gores Sempurnakan Ramadan, Serikan Lebaran F&N telah dipinda,
diubahsuai atau dirosakkan.
5. Semua hadiah mesti dituntut tidak lewat dari 30 November 2007 dan semua tuntutan
selepas tarikh ini tidak akan dilayan.
6. Hadiah-hadiah tidak boleh ditukar untuk wang tunai. Sekiranya harga pembelian
kurang daripada nilai baucar, baki tidak akan dipulangkan.
7. Hadiah-hadiah:
a) Baucar Beli-Belah bernilai RM1,000
b) Kamera Digital Casio Exilim
c) Pengadun Philips HR1456
d) Baucar Tunai Pizza Hut RM5
e) Baucar Tunai KFC RM5
f) Lebih 400,000 baucar diskaun KFC/Pizza Hut lain seperti yang tertera pada
kad gores
Penebusan: 8. a) Untuk hadiah a-c, sila hubungi 03-5635 1391 (Isnin – Jumaat, 10pg – 5ptg,
kecuali cuti am)
Syarat & Peraturan Khusus untuk semua Baucar Beli-Belah
i. Terdapat empat (4) baucar beli-belah dari Carrefour, Jusco, Tesco & Giant
untuk pilihan pemenang
ii. Baucar boleh digunakan di semua cawangan di Malaysia
iii. Baucar boleh digunakan untuk semua pembelian termasuk barangan
jualan/promosiiv. Belian minimum tidak diwajibkan. Lebih dari satu baucar boleh digunakan
untuk satu transaksi
v. Setiap baucar sah digunakan sekali sahaja.
vi. Baki tidak akan dikembalikan jika amaun belian adalah kurang dari amaun
baucar. Contohnya, jika belian berharga RM49.90, dan nilai baucar adalah
RM50.00, baki 10 sen tidak akan dikembalikan.
vii. Baucar tidak boleh diperbaharui atau ditukar untuk wang tunai.
viii. Baucar boleh dipindah milik
ix. Baucar yang hilang atau rosak tidak akan dilayani
Syarat & Peraturan Khusus untuk setiap pasaraya
Carrefour
Belian dari Carrefour menggunakan Baucar Tunai Carrefour dan dikembalikan
oleh pelanggan akan dipulangkan nilainya dalam bentuk Baucar Tunai Carrefour.
Baucar sah selama 6 bulan dari tarikh ia dikeluarkan.
Jusco
Tiada tarikh luput
Baucar juga sah digunakan di medan selera Jusco
Tesco
Baucar sah selama 12 bulan dari tarikh ia dikeluarkan
Giant
Baucar sah selama 6 bulan dari tarikh ia dikeluarkan
b) Untuk hadiah d-f, sila tebus di restoran-restoran terbabit
i. Baucar tunai KFC/Pizza Hut boleh digunakan untuk bawa balik dan makan di
restoran.
ii. Baucar diskaun KFC – sah untuk makan di restoran atau bawa balik dan
boleh digunakan di semua restoran kecuali Genting, Langkawi, Cameron &
KFC di lapangan terbang
iii. Semua belian KFC tertakluk kepada 5% cukai kerajaan
iv. Baucar diskaun Pizza Hut – sah untuk makan di restoran sahaja dan boleh
digunakan di semua restoran kecuali KLCC dan Genting Highlands.
v. Semua belian Pizza Hut tertakluk kepada 5% cukai kerajaan dan 10% caj
perkhidmatan
vi. Baucar diskaun KFC dan Pizza Hut sah untuk satu penebusan sahaja
vii. Baucar diskaun KFC dan Pizza Hut tidak boleh ditukar untuk wang tunai
viii. Tidak sah dengan lain-lain tawaran, diskaun dan kupon promosi.
9. F&N Dairies (M) Sdn Bhd berhak menggantikan mana-mana hadiah dengan hadiah lain
yang senilai dengannya, tanpa notis terlebih dahulu.
10. F&N Dairies (M) Sdn Bhd berhak menamatkan promosi ini pada bila-bila masa
sepanjang tempoh promosi.
11. Semua Kad Gores Sempurnakan Ramadan, Serikan Lebaran F&N yang diserahkan
untuk penebusan adalah hak milik F&N Dairies (M) Sdn Bhd.
12. F&N Dairies (M) Sdn Bhd berhak menggunakan nama, alamat, butir-butir dan/atau
dokumen pemenang untuk tujuan pengiklanan dan semua bentuk publisiti yang lain dari
semasa ke semasa. Pemenang mungkin diwajibkan menghadiri program publisiti.
13. F&N Dairies (M) Sdn Bhd; dan semua rakan kongsi perniagaan, pihak lain yang
berkaitan dengan promosi ini, pengarah, pegawai, kakitangan dan ejen mereka tidak
boleh dipertanggungjawabkan dalam apa jua cara berhubung dengan yang berikut:
a)
apa jua perbelanjaan tambahan kerana menyertai promosi;
b) apa jua bentuk kegagalan
teknikal;
c) campur tangan pihak yang tidak sah sepanjang promosi;
d) kesilapan
elektronik atau insan dalam pentadbiran promosi dan pemprosesan penyertaan;
e)
mana-mana penyertaan yang hilang, dicuri atau rosak atau tersalah hantar atau tidak
diterima.
14. Semua pemenang bertanggungjawab ke atas sebarang kecederaan, kerosakan atau
tuntutan akibat penyertaan di dalam peraduan ini atau penebusan hadiah. Dengan
menerima atau menuntut mana-mana hadiah, pemenang bersetuju akan mengecualikan
F&N Dairies (M) Sdn Bhd, semua rakan niaga, dan pihak lain yang terbabit dalam
promosi ini, termasuk pengarah, pegawai, kakitangan dan ejennya dari sebarang
tuntutan, pendakwaan, penilaian, kerosakan, kehilangan atau liabiliti yang berkaitan
akibat daripada penyertaannya di dalam promosi ini, atau penerimaan atau penebusan
atau penggunaan mana-mana hadiah.
15. Dengan menyertai promosi ini, peserta bersetuju akan mematuhi dan terikat dengan
syarat & peraturan peraduan. Keputusan yang dibuat oleh pihak penganjur dan penaja
adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat tidak akan dilayani.
16. Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan, sila hubungi 03-5635 1391 (Isnin-Jumaat, 10pg-
5ptg, kecuali cuti am)